Monday, September 7, 2009

pernah, ada?

sayang,
pernah tidak dalam rasa kau untuk mempertahankan cinta ini?
walau sedetik?
meski setitik?

pernah tak memang kau mahu memperjuangkan hubungan kita
yang sudah retak itu sebagaimana yang kau ucapkan ketika aku dapat tahu rahsia gelap kau itu?
hari itu?
masa itu?

sayang,
ada tidak dalam jiwa kau itu untuk terus tahan sama aku?
walau aku ini terusan degil
meski kau itu menerus mengalah

ada tak memang kau mahu selamanya hidup dengan aku
berdua sebagaimana yang kau ucapkan ketika kau menagih cinta aku itu?
waktu itu?
detik itu?

sayang,
pernahkah ada sesal dalam rasa kau mengenali dan menyintai aku?
walau sejenak
meski sedikit

pernahkah ada memang kemahuan kau di awal dahulu
ketika kau melafazkan cinta padaku tanpa ragu
saat itu?
ketika itu?


*maaf