aku, sekarang ini dikelilingi dengan sahabat2 yang ditinggalkan kekasih. selepas seorang, seorang kekasih meninggalkan. bagaikan seperti larian pass baton di sekolah dulu, selepas aku, dia, dia, dia, dan dia lagi. seperti satu sumpahan juga. seperti melekatnya badi.
*diam*
dan kami sama2 berjuang untuk mempertahankan cinta yang ada. memohon dan mencari jalan mahu menyambungkan yang terputus. keluarga masing sudah mengenali. menyenangi kekasih2 kami. pergi kenduri, balik kampung, duduk dirumah, ada sahaja pertanyaan tentang kekasih kami. mana kami mahu lari? apa yang patut kamu ucapkan sebagai jawapan atas pertanyaan itu? haih.
*diam*
kami berlima bukan lah mahu dikatakan seorang yang sangat fidelity orangnya, tapi bila kami sudah cinta, kami cinta sampai mati. kami memberikan jiwa dan hati sepenuh-penuhnya pada kekasih yang seorang itu. kami cuba setia seboleh mungkin. menutup mata, hati, dan perasaan terhadap orang lain yang melambai mahukan hati kami. tapi, malang kan? cinta kami disampahkan. hati kami dibuang ke longkang, diberi anjing makan. sedangkan, sewaktu mula2 bercinta, kekasih berjanji tidak akan mendua, tidak akan meninggalkan kami. tapi, janji tinggal janji. grr.
*ketap bibir*
dua dari kami : meay dan Fifi, kekasih kami mencurang. yang lelaki itu pergi meninggalkan aku untuk gadis cantik dari kayangan madu. yang perempuan itu pergi menjauhkan diri dari fifi untuk seorang lelaki yang sudah diketahui tidak akan mahukan dia sepenuh hati. tiga yang lain : Fadhul, Icky dan syafiq, kekasih masing2 sudah tidak mahu atas sebab2 yang tidak diketahui, atas alasan yang kadang2 tidak munasabah. lalu bagaimana? kami benar2 sudah parah kerna mencintai kekasih kami. kami benar2 sudah punah atas kesetian kami. kami sedang benar2 meratap dan sedih. haih.
*senyum tawar*
untuk kekasih2 kami, apa yang kalian mahu kami jawabkan soalan2 dari keluarga kami pabila ada pertanyaan tentang diri kalian? haih.
can't let go those memories. seriously. nothing's gonna change my love for you. darn! :(
ditulis pada: Saturday, June 20, 2009
ditulis oleh:meay
ditulis oleh:meay
No comments:
Post a Comment