Monday, September 7, 2009

benci

bencinya setiap kali melihat
bencinya setiap kali kau mendapat --
walau sekadar senyuman, aku benci
apatah lagi bila kau tidak reti--
menyimpan walau senyuman

kalau ku dapatkan
akan aku simpan di dalam kotak kecil
dan kotak itu akan aku tanamkan.

bencinya melihat
bencinya melihat

melihat kau--
dipuja dia
dirangkul si dia
dipegang si dia
dimanja si dia
dibelai si dia
dipuji dipuja
dimanja segala.

benci
benci

kekasih seumpama itu sepatutnya kau tatangkan sampai ke awan biru
sepatutnya setiap inci kulit itu kau bau dan kau simpan ke mana-mana pergimu

bencinya melihat kamu dikasih disayang
bencinya aku melihat kamu kerana aku mau dipegang
sebegitu indahnya sebegitu rasanya
sebegitu mencinta sebegitu rasanya


***


hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci



***


ku bunuh dia malam ini


aku curi kisah seorang audien siang itu ketika di 3 venus. ditulis rahsianya dalam nota kecil, tanpa nama: "aku mencintai kekasih teman aku sendiri. dan dia sangat dekat, sekarang ini". dem. aku suka. untuk video, ke sini.

puisi ini terbahagi pada tiga bahagian. pertama: dialamatkan untuk Si-Bertuah-Mendapat-Manusia-Yang-Kita-Puja. kedua: dialamatkan untuk
Manusia-Yang-Kita-Puja. ketika: dialamatkan untuk diri sendiri. *senyum*

*fynn jamal