Apa yang direncanakan adalah seperti berikut:
"ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial (Landas) membantah Konsert Suara Gaza yang disusun beberapa kumpulan muzik 'bawah tanah', Heavy Metal di Kuala Lumpur yang dijadualkan esok.
Aktivis Landas, Nurfitri Amir Mohamad berkata, pihaknya kesal kerana konsert kumpulan Heavy Metal itu telah berselindung dengan menggunakan isu serangan Zionis di Gaza sebagai cara berhibur.
"Suara Gaza yang diwarwarkan sebagai gig terbesar tahun ini akan berlangsung 10 jam tanpa henti dengan bertemakan krisis Gaza diadakan pada 28 Feb, Sabtu ini, bermula 3.00 petang sehingga 1.00 pagi, di Orange Club, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
"Kumpulan muzik underground yang membawa muzik Heavy Metal, Black Metal dan Death Metal berkonsep keganasan, kebebasan tanpa batasan, anti-Tuhan dan pemujaan syaitan akan membuat persembahan, berselindung di sebalik penderitaan rakyat Gaza," kata Nurfitri dalam
blog Landas.
Antara kumpulan yang akan membuat persembahan itu,tambah beliau, adalah Sil Khannaz, Half Asleep, Deja Voodoo Spell, Pink Acid dan Maximus.
Tambahnya, acara gig itu disedari setelah para petugas Landas membuat tinjauan di Pasar Seni di mana poster gig diedarkan.
"Tinjauan Landas itu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Masjid Bukit Aman pada 21 Februari lalu.
"Poster itu ada wajah anak Gaza yang dihiasi wajah black metal dan gothic. Penganjur seolah-olah mempromosikan muzik-muzik underground yang terdapat latar belakang kumpulan black metal yang sekian lama berdiam ketika pendedahan dibuat media sekitar 2001," kata beliau.
Nurfitri berkata, sikap kumpulan itu yang cuba menghidupkan semula konsert muzik underground dengan berlindung di balik seruan HELP GAZA adalah suatu penghinaan ke atas perjuangan penduduk Gaza yang sekian lama menderita ditindas rejim Zionis."

SUMBER: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19616&Itemid=1
What The FCKUKSDHFSLHF???!!!
Event Konsert Suara Gaza ini dikelolakan oleh brader-brader dari Aisunam (betulkan jika aku salah), dengan sokongan dari Pemuda UMNO (Selayang rasanya) dan beberapa media ini telah dipesongkan oleh penulis HARAKAH terbabit.
Bukannya aku hendak menghentam HARAKAH mahupun bersuara politik disini. Ini adalah kerana penulis terbabit tidak membuat sebarang research, sebaliknya hanya tahu menulis mengikut emosi dan tafsiran sendiri atau kata lain "wahhh.. sesuka hati lu je!".
Muzik kami, bukanlah seteruk itu, perjuangan kami tidaklah sejijik itu wahai saudara. Kami mencari razeki, kami bersuara menerusi muzik. Sila jangan menghentam industri kami. Kami tidak pernah memijak Al-Quran, tidak pernah menduakan Allah, tidak pernah mencaci agama kami iaitu Islam. Saudara tak boleh terus judge atau menilai kami sebegitu rupa hanya kerana kami bermain muzik! Ini tidak adil..
Band-band yang dinyatakan juga bukanlah band yang bercirikan Black Metal, Death Metal, atau ape lagi BESI yang saudara fikirkan kami menyembah berhala atau apa saja. Tolonglah saudara.. Jangan gunakan media untuk memfitnah.. Sesungguhnya fitnah itu seperti membunuh 1000 umat Islam. Alangkah pedihnya azab diakhirat dengan memfitnah sesama kita. Barangkali saya tidaklah sebijak pengetahuan agama saudara, akan tetapi kami masih dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Dulu scene indie atau dahulunya dikenali underground pernah dicemari oleh media-media seperti ini. Kemudian scene kita terus sunyi sepi. Kepada rakan-rakan sekalian, jika kita rasa kita masih dilandasan yang betul, kita akan terus berdiri dgn memperjuangkan industri kita, ketepikan segala kata-kata yg mungkin menjatuhkan dan melumpuhkan scene kita..
Andaikata penulis memaksudkan acara charity gig ini hanyalah topengan semata-mata, dan sebaliknya tidak sejujurnya mengumpul dana untuk Palestin, itu antara pihak penganjur dan Allah sahaja. Dan hanya Allah Yg Maha Mengetahui adakah ianya benar atau palsu. Sekurang-kurangnya kami yang hina bermain muzik ini tidak pernah melupakan penderitaan yang dialami rakyat-rakyat di Gaza.
Di sini aku sertakan flyers gig yang dinyatakan oleh penulis tersebut:
*adakah gambar diatas berupa manusia gothic/black meNtal atau gambaran penderitaan seorang kanak-kanak yang dibisukan mulutnya berserta tangisan air mata darah?
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bimbinglah kami ke jalan yang benar. Kau jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.. Kau permudahkanlah perjalanan hidup kami. Kau restuilah perjuangan kami, sesungguhnya kami adalah hambaMu yang amat hina.. Amin."
Maksud saya disini "perjuangan kami" ialah kami mencari rezeki dengan hanya berbekalkan bakat kami untuk meneruskan kehidupan..
ps: maaf, aku bukanlah penulis yang hebat untuk meyakinkan orang ramai.. akan tetapi aku terpanggil untuk memperbetulkan keadaan dengan berbekalkan kata-kata yg tahpape yang mungkin sukar diperjelas maksud sebenar yg ingin aku disampaikan. haha. (pandai-pandai la korang fahamkan ye!)
APA PULA KATA ANDA??
sory:posting ni aku kidnap dari page vain music.
No comments:
Post a Comment